Contoh Karangan- Ciri-ciri Pengguna yang Bijak
Idea 02 Infinite
Pada era langit terbuka ini, Malaysia semakin gah menempa nama di persada dunia dan kini boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju yang lain. Kejayaan ini dapat dicapai dengan adanya pelbagai penambahbaikan yang giat dilakukan oleh kerajaan dalam usaha memajukan ekonomi negara. Antara usaha kerajaan yang memberi impak yang besar kepada negara ialah kerajaan telah mewujudkan kempen belilah barangan buatan Malaysia sejak zaman Tun Dr.Mahathir Mohamad lagi. Usaha kerajaan dalam mengadakan potongan harga dan ekspo barangan buatan Malaysia telah berjaya meningkatkan pendapatan negara serta merancakkan lagi pembangunan negara. Malangnya, di sebalik kejayaan yang dicapai, terselit kemelut muflis dan gelandangan yang makin membimbangkan di negara kita. Hal ini adalah disebabkan kerana kurangnya ilmu pengetahuan, ketidakstabilan ekonomi dan ditambah buruk lagi dengan berlakunya perang dagangan antara Amerika Syarikat dengan China yang memberi bebanan kepada ekonomi negara kecil ini. Lantaran itu, rakyat Malaysia seharusnya mempunyai ciri-ciri pengguna yang bijak bagi mengelakkan masalah ini daripada terus berlaku.
Pada pendapat saya, sebagai pengguna yang bijak, pengguna seharusnya menyenaraikan barangan yang perlu dibeli terlebih dahulu sebelum mula bergerak ke kedai. Dalam dunia tanpa sempadan ini, proses pembelian menjadi mudah dengan wujudnya aplikasi-aplikasi atas talian yang membolehkan kita membandingkan harga tanpa perlu meninggalkan tempat duduk kita. Misalnya, aplikasi 'Trivago' merupakan contoh yang relevan kerana aplikasi tersebut sudah pun membandingkan harga hotel untuk pengguna aplikasi tersebut dan disertakan juga ulasan-ulasan daripada pengguna lain tentang sesebuah hotel. Maka, pengguna boleh membuat pilihan yang bijak bagi mendapatkan hotel yang ideal dengan harga yang terendah. Di samping membuat pembelian barang atas talian, masyarakat juga dinasihatkan supaya kembali ke cara lama dengan membeli barang secara terus di kedai. Oleh itu, pengguna bukan sahaja dapat membandingkan harga malah kualiti suatu barangan juga dapat dijamin. Adalah lebih baik untuk membeli sesuatu barangan yang mahal tetapi dapat digunakan untuk tempoh masa yang lama sekali gus menjimatkan kos dan masa berulang-alik membeli barangan baharu. Maka, dengan ini, pengguna dapat membelanjakan harta mereka dengan bijak kerana alah membeli, menang memakai.
Selain itu, pengguna wajarlah mengamalkan sikap berjimat cermat dalam urusan pembelian. Pengguna perlu bijak membezakan barangan keperluan dengan kemahuan dengan cara merancang aktiviti pembelian terlebih dahulu. Tindakan menyenaraikan barangan keperluan dapat mengelakkan pembaziran dan amalan memboros. Masyarakat umum haruslah membeli sekadar yang mampu sesuai dengan peribahasa mengukur baju di badan sendiri. Kita juga tidak boleh mengikut hawa nafsu semata-mata seperti yang sering berlaku dalam kalangan golongan atasan yang memboros dalam membelanjakan wang mereka semata-mata ingin dilihat gah berpakaian dan berkereta mahal di masyarakat umum. Amalan berjimat cermat ini tidak terhad kepada aktiviti pembelian sahaja malah kita juga perlu berjimat cermat dalam menggunakan barangan dan sumber di rumah. Misalnya, amalan menutup suis perkakasan elektrik apabila tidak digunakan perlu diamalkan. Seterusnya, air hujan boleh ditadah dan diguna semula untuk menyiram pokok, mencuci kereta serta membersihkan kawasan rumah. Tindakan yang dilihat kecil dan remeh ini akan memberi impak yang besar sekiranya diamalkan oleh seluruh rakyat Malaysia lantaran amalan ini boleh menyelesaikan masalah bekalan air bersih yang semakin berkurangan. Dengan ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa amalan mengurang, mengguna semula dan mengitar semula atau seangkatannya 3R dapat memperbaiki kehidupan harian kita.
Seterusnya, ciri-ciri pengguna yang bijak ialah mengamalkan amalan menabung. Sejak di bangku sekolah lagi kita sering diajar oleh guru untuk menyimpan lebihan wang saku di dalam tabung. Menginjak ke alam dewasa, kita seharusnya mengamalkan secara konsisten amalan menabung ini dengan cara menyimpan wang di dalam bank. Oleh itu, wang simpanan kita akan dilaburkan oleh pihak bank yang akan memberikan sedikit wang kepada kita. Selain itu, kita juga boleh melaburkan sebahagian wang untuk mendapatkan pendapatan pasif. Pengguna yang bijak juga akan memiliki sebuah nota kewangan peribadi bagi memantau pergerakan keluar masuk duit dengan mencatat segala perbelanjaan bulanan. Tamsilnya, sebahagian wang pendapatan diperuntukkan untuk membayar bil, melunaskan sewaan kereta atau rumah dan membeli barangan keperluan. Wang selebihnya akan disimpan di dalam bank dan dapat digunakan ketika kecemasan ataupun digunakan untuk menunaikan ibadah haji bagi masyarakat Islam. Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. Itulah peribahasa yang sering diungkapkan oleh guru ketika masih di sekolah untuk menjadikan kita anak-anak yang berdisiplin. Tuntasnya, pengurusan wang yang bijak dapat menjamin kesejahteraan hidup kita pada masa hadapan.
Secara holistiknya, ciri-ciri pengguna yang bijak ini dapat memberi impak yang positif ke arah melahirkan generasi muda yang bijak menguruskan kewangan. Diharapkan dengan perubahan yang dilakukan, masalah muflis dan gelandangan yang sering menimpa golongan muda ini dapat diselesaikan seterusnya generasi pewaris negara ini dapat menginjakkan lagi ekonomi negara ke peringkat yang lebih tinggi. Benarlah kata-kata duit bukanlah segalanya tetapi segalanya memerlukan duit. Usaha yang proaktif dan pragmatik berbekalkan ilmu pengetahuan adalah perlu dalam menjalani kehidupan metropolitan dalam zaman yang serba mencabar ini. Justeru, perubahan haruslah dilakukan bermula daripada diri kita sendiri. Cantik di dalam, cantik di luar. Malaysia boleh!

Nukilan : Aqilah Binti Mohd Zaki
(5 Ibnu Sina 2019)
Comments
Post a Comment