Contoh Karangan-Kepentingan Ilmu pada Era Globalisasi
Dewasa
ini menyaksikan terlampau ramai individu dalam kalangan masyarakat
negara Malaysia ini mudah ditipu.Golongan 'munafik' sangat mudah
mengambil kesempatan atas kesempitan rakyat tempatan.Hmmm, mengapakah
hal ini terjadi? Semestinya golongan yang tertipu ini kurang berilmu
atau boleh dikatakan cetek pengetahuan.Masyarakat di negara ini
khususnya bangsa Melayu tidak gemar menuntut ilmu apatah lagi
melanjutkan pelajaran mereka. Saya tegaskan di sini, bukanlah saya
bersikap perkauman.Sebaliknya, ini lah yang terjadi pada hakikatnya.Pada
persepsi mereka, ilmu yang sudah ada dalam benak fikiran mereka ini
sudah cukup bagi merempuh onak duri kehidupan.Pada hakikatnya, mereka
lemas. Lemas dipermainkan dan diperbodohkan individu yang ilmunya jauh
lebih mulia darjatnnya daripada masyarakat melayu kita.Apalah salahnya
jika kita sendiri yang mencampakkan tanggapan sebegini sejauh yang
mungkin.Tidak dapat dinafikan lagi, penguasaan ilmu sangat penting
terutama dalam meniti arus kemodenan negara kala era globalisasi
ini.Kata-kata hikmah ada menyatakan 'ilmu jambatan hidup' dan 'tuntutlah
ilmu dari buaian hingga ke liang lahad'.Tuntutan zaman telah
membuktikan ilmu dan pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang itu
jika digunakan dengan bijaksana.Pada hakikatnya ada banyak kepentingan
ilmu pada era globalisasi ini yang akan kita kupas sehingga ke akar
umbi.
Dengan adanya ilmu, sudah pasti negara kita dapat melahirkan ramai individu yang proaktif.Pemikiran masyarakat yang tinggi ilmu serta pengetahuannya adalah lebih terbuka,positif dan optimis akan sesuatu masalah yang dihadapinya dan bukannya berfikir secara pesimis yang menyumbang kepada zahirnya sikap mudah berputus asa.Secara jelasnya, bunga-bunga positif berkembang mekar di benak fikiran rakyat sekali gus menggantikan ruang yang selama ini dipenuhi lalang-lalang negatif bagi membentuk individu yang cukup berkualiti.Sebagai contohnya,seseorang yang berfikiran terbuka pasti akan mencari jalan penyelesaian bagi setiap halangan dan dugaan yang dihadapinya.Pada mata manusia sebegini, setiap masalah akan dipandang sebagai salah satu sebab untuk mereka tingkatkan usaha dalam menggapai objektif utama hidupnya dan sekelip mata menjadi insan yang lebih baik.Impaknya,hari-hari yang kita lalui sentiasa dihiasi pelangi walaupun berjuta-juta masalah datang menerpa.Jika difikirkan, tak akan munculnya pelangi andai tiada hujan,betul tak? 'Ilmu pelita hidup'.Benarlah kata-kata ini kerana pengetahuan sememangnya mampu menerangi hidup seseorang yang bijak mengaplikasikannya.Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan budaya dahaga akan ilmu sepanjang hayat kita berada di muka bumi Allah ini.
Menurut persepsi saya, ilmu dapat juga meningkatkan taraf kehidupan seseorang.Idea ini jelas terbukti apabila ramai usahawan yang berlatar belakangkan individu yang berilmu tinggi dapat mencapai kejayaan yang gemilang walaupun pada asalnya kredibiliti mereka ditenggelami kemiskinan bak kata pepatah yang popular,'kais pagi makan pagi,kais petang makan petang'.Sesungguhnya,penguasaan ilmu tidak kira dalam apa jua bidang sekalipun,pasti membuahkan hasil andai dimanfaatkan sebaik mungkin.Sebagai tamsilannya,sudah tidak dapat kita nafikan lagi,Dato' Alif Syukri dan Dato' Seri Vida, masing-masing merupakan tokoh usahawan kosmetik yang berjaya menempah nama di pasaran negara hasil kebijaksanaan mereka berdua menguasai ilmu dalam bidang pemasaran dan perniagaan.Memang benar, pencapaian di sekolah mereka kurang memberansangkan tetapi dengan berkat mereka berusaha menimba ilmu perniagaan dan berkat mereka belajar daripada kesilapan, mereka berjaya sekarang.Hidup mewah dengan pengalaman serta ilmu yang mereka ada. Cuba anda semua bayangkan sekiranya mereka tetap dengan pendirian mereka untuk kekal dengan sikap tidak mencuba dan kurang berusaha,adakah mereka akan berjaya seperti sekarang?Semestinya tidak!Kita ambil yang positif mengenai Dato' Alif Syukri. Pada mulanya hanyalah peniaga biasa di pasar tani tetapi dengan tekad dan usahanya belajar dengan lebih mendalam dalam pelbagai ilmu, fikiran beliau makin terbuka.Beliau nampak dengan jelas matlamatnya yang sebelum ini kabur.Sekarang beliau bukan sahaja usahawan yang berjaya malah beliau jugalah penyanyi, pelakon, pengacara dan sebagainya. Berdasarkan bukti yang dizahirkan tokoh-tokoh usahawan pada era ini jelaslah bahawa ilmu dapat mengubah nasib individu dengan meningkatkan taaf hidupnya.
Seterusnya, ilmu juga dapat meluaskan pengetahuan dengan menguasai pelbagai bidang ilmu.Tuntasnya,seseorang itu mula mendalami pelbagai bidang ilmu semenjak bangku sekolah lagi dengan mempelajari pelbagai mata pelajaran yang diwajibkan pihak sekolah seperti sains, matematik, perdagangan,ekonomi dan sastera.Mengapa?Kita ambil contoh paling mudah seperti fizik ,matematik tambahan dan bahasa melayu. Sedar atau tidak, setiap bidang ini memupuk kemahiran berbeza yang menjadikan kita individu yang serba boleh.Fizik adalah ilmu mengenai jirim dan pergerakannya menerusi ruang dan masa, matematik tambahan pula mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengiraan manakala bahasa melayu pula memupuk kemahiran dalam bahagian sastera dan penulisan.Nampak? Setiap ilmu itu berbeza.Ilmu sangat luas dan tidak akan habis jika diteroka.Nabi Muhammad SAW bersabda,tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China.Sabda junjungan besar umat Islam itu menerangkan betapa pentingnya memiliki ilmu pengetahuan dan kepentingan berusaha dan jangan berhenti menggali ilmu.Selagi masih boleh digali,selagi itulah kita masih perlu mencari kerana ilmu tidak akan datang bergolek bak kata pepatah 'yang pipih tak datang melayang, yang bulat tak datang bergolek'.Terpulang kepada pendapat pemilik ilmu sama ada menggilap dan mengasah ilmu setiap hari agar dapat dijadikan senjata berbisa kelak atau pun membiarkannya mereput di akal fikiran.Saya pasti, dengan usaha yang maksimum,pasti seseorang individu berkemampuan mencetuskan revolusi dalam bidang yang tidak pernah terlintas di akal sekali gus mengharumkan nama tanah air tercinta.
Umum mengetahui bahawa, ilmu yang dimiliki juga mampu menjadikan seseorang itu memajukan dirinya,agamanya, bangsanya dan negaranya sendiri. Sudah terang lagi bersuluh, Malaysia memerlukan pemimpin. Pemimpin bukan seperti rakyat biasa tetapi pemimpin yang berilmu tinggi dan pengetahuan yang cukup luas dalam keseluruhan bidang selaras dengan era modenisasi menuju arus pembangunan negara yang berwawasan ini.Jangan salah anggap, bukannya pemimpin yang ada sekarang ini tidak cukup bagus tetapi kita memerlukan pemimpin yang jauh lebih bagus pada masa akan datang.Maklumlah negara kian membangun.Itulah sebabnya remaja kini perlu dijinak-jinakkan dengan pelbagai bidang ilmu.Seorang pemimpin yang berdedikasi semestinya akan memimpin negara ke arah perubahan yang positif yang juga akan membawa kepada impak yang agak besar bagi kemajuan dan pembangunan negara tercinta serta rakyat yang setia.Cuba fikirkan, apakah yang akan terjadi sekiranya negara kita dipimpin oleh individu yang hanya mementingkan wang ringgit semata-mata?Hah, bagaimana pula jika individu tersebut lebih mementingkan publisiti dan undi semata? Pasti negara kita akan menjadi kacau bilau.Sebaliknya, cuba bayangkan pemimpin yang utamakan ilmu dan kerjaya?Sudah pasti kesannya jauh lebih memberansangkan daripada fantasi sebelumnya,betul kan?Jadi,ayuhlah kita bangkit.Bangkitlah rakyat dan berusaha mendalami ilmu.Biar kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.Pepatah menyatakan,''hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih''.Izharnya para pemimpin terutamanya perlu menguasai dan memahiri pelbagai skop ilmu terutamanya teknologi maklumat dan komunikasi memandangkan negara kita ingin menuju ke arus kemodenan setaraf negara maju lain.
Kesimpulannya,ilmu sudah pasti memberikan banyak manfaat yang secara logiknya menyumbang ke arah kemajuan bukan sahaja kemajuan diri kita sendiri tetapi juga kemajuan masyarakat sekeliling dan kemajuan negara seantero dunia.Tanpa sedar, kemajuan ilmu mewujudkan persaingan sihat antara negara-negara maju dunia.Negara yang pesat membangun sekarang adalah negara yang kaya dengan rakyat berilmu tinggi.Menuntut ilmu bukannya mudah, terlampau banyak dugaannya.Namun,itu bukanlah alasan untuk terus berhenti berjuang.Biarlah kita mendidik diri mengamalkan kata pepatah, 'berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'.Sebaiknya, pilihlah untuk menjadi pengemis yang kaya dengan ilmu pengetahuan daripada pilih untuk menjadi bangsawan bermodalkan 'tin kosong'. Percayalah berkat ilmu dituntut, berkat usaha yang dimanfaatkan dan berkat kemahiran yang digilap, pasti kita akan menjadi seseorang yang berjaya kelak tidak kira bangsa, umur , atau rupa kita sekarang.Darjat dan keturunan sekarang tidak menjamin masa hadapan.Segala mungkin berlaku.Oleh itu,persiapan haruslah dilakukan.Tuntutlah ilmu kerana saya percaya tuntutan ini juga yang dipinta setiap agama.Pasti tidak ada ruginya kita mengorbankan masa dan tenaga untuk menambah pengetahuan duniawi dan ukhrawi yang bukan sahaja menzahirkan kelebihan memilikinya di dunia malah di akhirat kelak.

Comments
Post a Comment