Contoh Karangan- Tanggungjawab Anak-anak kepada Ibu Bapa
Idea 02 Infinite
Pada pendapat saya, anak-anak tidak sewajarnya mengabaikan ibu bapa mereka dengan bertindak zalim meninggalkan mereka di rumah orang-orang tua. Perbuatan ini merupakan perbuatan yang sangat terkutuk kerana ibu bapa tidak pernah meninggalkan kita walaupun sesaat. Tetapi, mengapa anak-anak pada zaman atom ini sanggup bertindak kejam dengan melakukan perbuatan yang hina dina ini? Yang menjadi tular sekarang di media sosial ialah apabila seseorang pemuda meninggalkan ibu bapa mereka di tepi jalan disebabkan bapanya terbuang najis di dalam kereta. Betapa terkutuknya perbuatan pemuda itu terhadap ibu bapanya hanya disebabkan terbuang najis. Peribahasa ada mengatakan beribu-ribu kebaikan tidak perasan, tetapi satu kesalahan dilihat seperti beribu-ribu kesalahan. Seharusnya, pada waktu senanglah, kita perlu membalas jasa orang tua kita, akan tetapi ketika senanglah kita menyakiti mereka. Perbuatan ini seharusnya tidak wajar dicontohi oleh anak-anak muda yang lain kerana perbuatan ini menyebabkan kita tidak nyenyak untuk tidur. Jadi, anak-anak haruslah sedar bahawa tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa amat besar sekali nilainya.
Tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa tidak seharusnya dipandang enteng. Ibu bapa ini seakan-akan Al-Quran buruk, ingin baca tidak boleh, ingin buang juga tidak boleh, jadi hanya simpanlah sahaja yang mampu. Tanggungjawab yang perlu dijalankan oleh anak-anak terhadap ibu bapa mereka adalah menyediakan keperluan seharian bagi mereka. Misalnya, memberikan makanan yang secukupnya, tempat tinggal untuk didudukinya dan wang untuk perbelanjaannya. Perbuatan positif ini perlu dilakukan oleh anak-anak yang berkemampuan dan sudah bekerja kerana ibu bapa tidak mempunyai kudrat yang banyak lagi untuk menyara diri mereka. Sanggupkah kita sebagai anak mereka melihat ibu bapa kita di dalam kebuluran, tiada tempat berteduh dan tiada orang yang dapat menyaranya. Selama 9 bulan di dalam kandungan ibu, masa senanglah kita korbankan untuk membalas jasa mereka sebelum terlambat. Bak kata pepatah, biar putih tulang, jangan putih mata. Jadi, anak-anak tidak boleh berdiam diri dengan mengabaikan tanggungjawab yang berat itu.
Selain itu, anak-anak perlu memberikan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada ibu bapa. Bak kata tokoh Islam, Sheikh Yusuf Qadrawi, harta yang sebenar-benarnya ialah ibu bapa, bukannya sebongkah berlian atau sekeping emas. Sudah terang lagi bersuluh bahawa ibu bapa merupakan harta kita di dunia. Maka, amat digalakkan kepada kita untuk mencintai ibu bapa kita sebagaimana kita mencintai harta benda sendiri. Sebagai contoh, anak-anak perlu berkorban masa dengan membawa mereka untuk bercuti di tempat yang disukainya. Dengan melakukan perilaku ini, ibu bapa akan merasakan bahawa mereka dihargai. Selain itu, anak-anak juga perlu menyanjung mereka dengan menyambut hari kelahiran mereka sebagai tanda penghargaan kita kepada mereka. Perbuatan ini bukan sahaja dapat menggembirakan mereka, malah dapat mengeratkan lagi hubungan kita dengan mereka. Jadi, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa ibu bapa perlu dihargai dan dicintai kerana mereka telah berkorban perkara-perkara yang mereka cintai kepada kita.
Di samping itu, tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa ialah dengan membanggakan mereka dengan pencapaian kita di sekolah. Sebenarnya, matlamat ibu bapa menghantar kita ke sekolah agar menjadi manusia yang berguna dan membantu mereka apabila mereka berada di dalam kesusahan pada masa hadapan. Kita sebagai anak mereka seharusnya bersungguh-sungguh di dalam pelajaran agar matlamat mereka menghantar kita ke sekolah tercapai. Bak kata pakar motivasi yang terkenal di Malaysia, iaitu Tengku Asmadi, beliau pernah berkata kejayaan ibu bapa adalah kejayaan anak-anak mereka. Sudah jelas terbukti daripada kata-kata bermotivasi ini bahawa anak-anak perlu membanggakan ibu bapa kita dengan keputusan yang cemerlang di sekolah. Kejayaan kita itu hanyalah semata-mata tumpang kebanggaan ibu bapa kita terhadap kejayaan anak-anak mereka. Bak kata pepatah, lembu punya susu, sapi dapat nama.Inilah gambaran peribahasa yang digambarkan kepada ibu bapa kita yang berkorban nyawa demi memberi pendidikan kepada anak-anak mereka. Benarlah bahawa ibu bapa merupakan punca kejayaan kita selain kesungguhan kita dalam pelajaran.
Akhir sekali, anak-anak perlu membimbing ibu bapa mereka yang berada di dalam kesesatan. Bak kata pepatah, rambut sama hitam, hati lain-lain. Tanggungjawab ini amat berat kepada anak-anak yang mempunyai didikan agama yang mantap bagi membimbing ibu bapa mereka yang berada dalam keadaan yang kurang didikan agama. Sebagai anak yang baik, kita perlu menasihati tingkah laku ibu bapa kita apabila mereka melakukan kesilapan. Bak kata pepatah, langit mana yang tidak ditimpa panas, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Sesungguhnya, setiap manusia itu tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan kesalahan. Maka, tanggungjawab orang di sekeliling mereka yang perlu menasihati mereka supaya tidak berulang lagi bak kata pepatah pisang tidak akan berbuah dua kali. Jadi, tanggungjawab yang amat besar bagi anak-anak yang mempunyai didikan yang sempurna untuk menegur ibu bapa mereka.
Jelaslah berdasarkan tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa amat penting kerana kita sebagai insan berguna perlu menghargai dan menghormati kedua-dua ibu bapa kita. Mereka telah berkorban segala jiwa dan raga mereka untuk membesarkan kita walaupun mereka berada dalam kesesatan. Presiden Indonesia iaitu Jokowi Widodo pernah berkata, kehidupan yang sebenar-benarnya adalah kehidupan bersama-sama keluarga. Kita sebagai anak-anak perlulah meluangkan masa bersama-sama keluarga berbanding gajet-gajet yang merosakkan minda kita. Selain itu, kita juga perlu menghargai jasa ibu bapa kita yang telah mencurahkan segala ilmu mereka kepada kita. Bak kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Jadi, kita tidak seharusnya mensia-siakan peluang di hadapan mata sebelum mereka tiada di hadapan mata kita. Kelak, timbullah kekecewaan di dalam diri kita. Bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Nukilan: Faris Wazif Bin Yusaini,6A SPM
(5 Ibnu Sina 2019)
Comments
Post a Comment