Posts

Showing posts from April, 2020

Contoh Karangan- Ciri-ciri Pengguna yang Bijak

Image
Idea 02 Infinite                             Pada era langit terbuka ini, Malaysia semakin gah menempa nama di persada dunia dan kini boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju yang lain. Kejayaan ini dapat dicapai dengan adanya pelbagai penambahbaikan yang giat dilakukan oleh kerajaan dalam usaha memajukan ekonomi negara. Antara usaha kerajaan yang memberi impak yang besar kepada negara ialah kerajaan telah mewujudkan kempen belilah barangan buatan Malaysia sejak zaman Tun Dr.Mahathir Mohamad lagi. Usaha kerajaan dalam mengadakan potongan harga dan ekspo barangan buatan Malaysia telah berjaya meningkatkan pendapatan negara serta merancakkan lagi pembangunan negara. Malangnya, di sebalik kejayaan yang dicapai, terselit kemelut muflis dan gelandangan yang makin membimbangkan di negara kita. Hal ini adalah disebabkan kerana kurangnya ilmu pengetahuan, ketidakstabilan ekonomi dan ditambah buruk lagi dengan berlakunya perang dagangan antara Amerika Syarikat deng

Contoh Karangan- Persediaan-persediaan Sebelum Menjelang Musim Peperiksaan Awam

Image
Idea 02 Infinite                            Era pascamerdeka ini memaparkan kemajuan Malaysia dalam segenap bidang baik politik, ekonomi mahupun sosial. Dalam aspek sosial, Malaysia telah berjaya memajukan bidang pendidikan sehinggakan seluruh rakyat mendapat pendidikan yang secukupnya. Peperiksaan awam merupakan sesuatu yang digeruni oleh rata-rata pelajar kerana perkara ini melibatkan masa hadapan mereka. Sebelum mengulas perkara ini dengan lebih lanjut, apakah peperiksaan ini? Terdapat dua jenis peperiksaan iaitu ujian sumatif yang dijalankan pada tiap-tiap tahun dan juga ujian formatif yang dijalankan pada tiap-tiap bulan. Peperiksaan seperti STPM, STAM, SPM, dan PT3 merupakan peperiksaan awam yang merangkumi ujian bertulis dan ujian lisan. Sesetengah ibu bapa mempersoalkan keperluan mengadakan peperiksaan ini. Kita seharusnya maklum bahawa selain menjadi kayu ukur tahap intelektual seseorang individu, peperiksaan menjadi instrumen untuk mengukur keberkesanan sistem pendidi

Contoh Karangan- Punca dan Faktor Pemanasan Global

Image
Idea 02 Infinite                                          Dalam merentasi era modenisasi ini, pelbagai masalah, dugaan dan ujian datang menimpa penduduk dunia. Salah satu daripada kemelut tersebut ialah isu pemanasan global yang kian hangat diperkatakan. Pemanasan global pada dasarnya ialah satu fenomena alam apabila terdapat lambakan gas karbon dioksida dan karbon monoksida di atmosfera bumi yang menghalang haba daripada bumi untuk dibebaskan ke angkasa. Hal yang demikian telah mengakibatkan haba tersebut terperangkap dan dipantulkan kembali ke permukaan bumi. Isu pemanasan global ini akan menjadi suatu polemik yang tidak bernoktah sekiranya tiada usaha atau tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Laporan daripada Agensi Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mengatakan bahawa kesan daripada pemanasan global, berlakunya pencairan ais di kutub selatan dan kutub utara yang menjurus kepada peningkatan aras laut. Hal yang demikian sangatlah membimbangkan kerana dijangkakan s

Contoh Karangan- Tanggungjawab Anak-anak kepada Ibu Bapa

Image
    Idea 02 Infinite                                          Pada pendapat saya, anak-anak tidak sewajarnya mengabaikan ibu bapa mereka dengan bertindak zalim meninggalkan mereka di rumah orang-orang tua. Perbuatan ini merupakan perbuatan yang sangat terkutuk kerana ibu bapa tidak pernah meninggalkan kita walaupun sesaat. Tetapi, mengapa anak-anak pada zaman atom ini sanggup bertindak kejam dengan melakukan perbuatan yang hina dina ini? Yang menjadi tular sekarang di media sosial ialah apabila seseorang pemuda meninggalkan ibu bapa mereka di tepi jalan disebabkan bapanya terbuang najis di dalam kereta. Betapa terkutuknya perbuatan pemuda itu terhadap ibu bapanya hanya disebabkan terbuang najis. Peribahasa ada mengatakan beribu-ribu kebaikan tidak perasan, tetapi satu kesalahan dilihat seperti beribu-ribu kesalahan. Seharusnya, pada waktu senanglah, kita perlu membalas jasa orang tua kita, akan tetapi ketika senanglah kita menyakiti mereka. Perbuatan ini seharusnya tidak wajar

Contoh Karangan-Ciri-ciri Bandar Pintar

Image
contoh bandar pintar-bh online             Pada era globalisasi ini, isu tentang pembangunan bandar pintar semakin hangat diperkatakan.Tidak kiralah sama ada media massa mahupun media cetak acap kali menyiarkan tentang kepentingan bandar pintar bagi melestarikan negara agar Malaysia dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Sama ada sedar atau pun tidak negara lain sebenarnya sudah mula mewajibkan konsep bandar pintar.Bandar pintar?Pernahkah anda dengar berkaitan bandar pintar ini di sekolah , internet, berita dan sebagainya?Apakah yang dapat diinterpretasikan dengan bandar pintar? Baiklah, di sini saya akan perjelaskan. Konsep bandar pintar atau 'Smart City' adalah konsep yang berakar umbi dari pelaksanaan idea untuk pengurusan sumber dan alam bina yang lestari serta mesra pengguna.Tambahan lagi, bandar pintar ini menjadi popular di seantero dunia pada alaf baharu.Sedar atau tidak, konsep bandar pintar ini

Contoh Karangan-Kepentingan Ilmu pada Era Globalisasi

                  Dewasa ini menyaksikan terlampau ramai individu dalam kalangan masyarakat negara Malaysia ini mudah ditipu.Golongan 'munafik' sangat mudah mengambil kesempatan atas kesempitan rakyat tempatan.Hmmm, mengapakah hal ini terjadi? Semestinya golongan yang tertipu ini kurang berilmu atau boleh dikatakan cetek pengetahuan.Masyarakat di negara ini khususnya bangsa Melayu tidak gemar menuntut ilmu apatah lagi melanjutkan pelajaran mereka. Saya tegaskan di sini, bukanlah saya bersikap perkauman.Sebaliknya, ini lah yang terjadi pada hakikatnya.Pada persepsi mereka, ilmu yang sudah ada dalam benak fikiran mereka ini sudah cukup bagi merempuh onak duri kehidupan.Pada hakikatnya, mereka lemas. Lemas dipermainkan dan diperbodohkan individu yang ilmunya jauh lebih mulia darjatnnya daripada masyarakat melayu kita.Apalah salahnya jika kita sendiri yang mencampakkan tanggapan sebegini sejauh yang mungkin.Tidak dapat dinafikan lagi, penguasaan ilmu sangat penting t